Showing posts with label Celebrity. Show all posts
Showing posts with label Celebrity. Show all posts

Wednesday, 1 May 2019

Movie Review - SHAZAM!

May 01, 2019 0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Makin nak habis semester ni makin sibuk. Biasalah nama pun student kan hihi. Sibuk tu sikit je, mana nak baring, mana nak tidur, mana nak makan, mana nak jalan-jalan. Haa kan sibuk tu namanya. Hahahaha. So harini nak cerita and review sikit lah pasal movie yang saya tengok baru-baru ni. (Tak la baru sangat, cuma belum sempat update je)

Sumber: Encik Google
So haritu, jalan-jalan dekat Aman Central. Planning lepas makan Seoul Garden tu memang niat nak tengok wayang pun. Tapi takdelah niatnya nak tengok movie SHAZAM! ni pun. Since masatu memng planning nak tengok Friendzone. Tapi disebabkan fully booking untuk Friendzone, so kami decide nak tengok SHAZAM!. 


Gambar ni lepas tengok movie tu. Haa nampak tak member kata best. Hahahaha memang best pun. Untuk movie ni saya boleh bagi 11/10 since memang kena dengan jiwa. Hiks


Roughly, cerita ni mengisahkan pasal seorang budak yang diberi kuasa adi wira tanpa dia mahu. Pada saya cerita ni lebih kepada kelakar dan ada nilai murni yang nak disampaikan kepada semua. Almost each part yang budak ni bertukar jadi SHAZAM! mesti satu panggung gelak. Ada je kerenah yang dia buat mesti kelakar. 


 Part yang paling best pada saya bila dia tukarkan semua adik beradik dia tu jadi SHAZAM! juga. Weh masatu berdegup jantung sebab eksaited. Tak expect pun dia akan ada banyak SHAZAM! So kat situ dah boleh nampak nilai murni yang terjalin antara adik beradik walaupun tak sama darah. 


Apa yang saya nampak dalam cerita ni, banyak nasihat yang dia cuba sampaikan melalui ceita ni. Tak semestinya yang kita sayang dan kita cari tu sayang dan cari kita balik. Tak semestinya orang yang kita baru kenal tu kita tak boleh sayang dan percayakan hubungan baharu tu. So, saya rasa cerita ni masih avail dekat pawagam. Sebab kemarin masa saya nak tengok Avengers, Endgame cerita ni masih ditayangkan. So korang pergilah tengok. Hihihi.

Untuk Avengers Endgame nanti saya kongsikan review dekat post lain pula. See yahh !

Wednesday, 27 March 2019

23rd Birthday Celebration ft. Khai Bahar

March 27, 2019 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua !

Setelah sekian lama tak menulis, harini gigihkan juga jari ni menaip dekat Blog ni. So, untuk entry kali ni saya saja nak kongsikan birthday celebration yang lepas. Heheh seketul semida dah tua dah gais. Tahun 2019 ni genap 23 tahun. Thanks Mak sebab lahirkan saya. 

So everything macam biasa je, malam tu penuh dengan wishes kawan-kawan. Ada yang direct message, ada yang post story and macam-macam lah. Dah tua-tua ni memang tak mengharap hadiah pun, asal ada kawan-kawan yang ingat, dah cukup memadai. (Tapi kalau bagi hadiah tu sayang lebih lah :p) 



Oke proceed, malam 18 Mac tu kami ada event dinner dekat Dewan Kachi. Masatu saja-saja je join sebab nak temankan roomate. That day artis jemputan pun ada, which is Khai Bahar. So oke jela sebab artis kan, nak jugak jumpa Khai Bahar. Hehehe. 


Tema dinner malam tu Rock n Roll. Punyalah gigih dok cari baju semata-mata nak pegi dinner tu tau. So malam tu kitorang pun pakai lah ikut tema. Kitorang bertiga je pegi. (Saya, Tikah and Siti). 
Maaflah gambar tak berapa nak clear maybe sebab lighting kot. So we wear this mengikut tema Rock n Roll. Pagi tu memang ikat perut, sebab nak makan besar kan malam tu. Hehehe.


Masa ni tengah tunggu VIP sampai. Punyalah lapar, perut memang dah buat konsert dulu sebelum Khai Bahar. Hahahaha. Oke pastu tak lama sampai lah VVIP yang ditunggu-tunggu. Then, bila VVIP pun dah buat ucapan apa semua, kami pun makan sambil dengar persembahan.

So, bila dah settle semua tu, start la time bergambar dengan artis. Haa ni nak gebang sikit, sis gambar dengan Khai Bahar chuolss. Hahahaha 


Cehh gambaq dengan Khai Bahar. Dah macam kembar ? Eh eh. Dok aihhh, jauh sungguh nak kata kembar tu. Heheheh. So next, kami bertiga pulak berselfi dengan Khai Bahar. 


Cewahhhh, tiga bunga satu kumbang gittewwww. Oke proceed, ni main point. Tengah-tengah selfi tu, tiba-tiba je rumet ni pegi cakap dengan Khai, suruh Khai nyanyikan Happy Birthday dekat sis. I was like, eh takpayah la. Malu malu ayam gittew. Tapi Khai ni punya la sempoi, dia layan je fans dia. So, tengok ni. 




Dan Khai Bahar pun melayan je permintaan roomate suruh nyanyikan Birthday Song dekat saya. Serious sangat terharu artis nyanyikan birthday song kat kita. First time memory tau hehe. 

Bila kita post kat ig, semua pun pakat tanya macam mana Khai boleh wish birthday! Hahahaha Jangan jelous uolss. 

So macam tu lah pengalaman saya dinyanyikan birthday song oleh artis Malaysia yang memang tengah meletop sekarang ni. Semuanya possible sebab roomate so thankyou roomate, thankyou Khai sebab sporting hehe. 

Jangan lupa nantikan post akan datang dari ashemidaa.blogspot.com ! See yah ! Assalamualaikum :) 


Follow Us @soratemplates