Tuesday 9 April 2019

# Agama

Fadhilat Ayat 82, Surah Yaasin.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua ! 

Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini adalah tidak sempurna. Tiada siapa pun ciptaan yang sempurna kecuali Allah S.W.T. Hari ini saya terdetik untuk kongsikan satu kelebihan ayat suci Al-Quran yang boleh membantu kita sebagai manusia. 

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang terkandung pelbagai kisah, panduan kepada umat Islam di muka bumi ini. Setiap ayat di dalam Al-Quran mengandungi teladan dan petunjuk kepada seluruh umat Baginda Rasulullah s.a.w.  

Jumaat yang lalu, saya terdengar nenek saya membuka ceramah oleh ustaz Mohd Kazim Elias di Youtube. Ceramah itu mengisarkan tentang kelebihan yang ada di dalam ayat 82 Surah Yaasin. Ustaz mengatakan bahawa ayat 82 Surah Yaasin ini bukan sahaja untuk anak-anak yang degil, maka boleh juga diamalkan untuk semua hajat yang kita mahukan (tidak salah disisi Islam).

Ayat 82 Surah Yaasin: 

Sumber: Google

Surah Yaasin sememangnya mempunyai banyak fadhilat dan manfaat kepada kita semua. Dalam perkongsian ustaz lagi, sekiranya kita mempunyai apa-apa hajat yang tidak salah di sisi syarak, kita boleh berdoa dengan mengamalkan ayat ini. 

Ustaz juga ada kongsikan cara membaca surah dan diselitkan sekali dengan apa yang kita hajatkan. Caranya ialah:

1. Membaca ayat 82 dan berhenti pada perkataan " كُن 

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ 

2. Doa apa yang ingin dihajatkan.

3. Habis sahaja hajat, sambung semula dengan perkataan terakhir ayat itu ,  فَيَكُونُ

Sentiasalah mengamalkan ayat ini dan berdoalah yakin kepada Allah supaya apa yang dihajatkan dimakbulkan oleh Allah s.w.t insya Allah. Di dalam kehidupan, semua umat Islam mestilah yakin terhadap kebesaran Allah kerana sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar. 

Sekiranya masih ada terdapat kekeliruan cara untuk mengamalkan doa ini, sila rujuk link di bawah. 


Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada kita semua. Supaya kehidupan kita lebih dirahmati oleh Allah s.w.t. Sama-sama kita berdoa supaya kita setiasa berada di jalanNya. Amin ya rabbal alamin. 

Jangan lupa untuk sentiasa nantikan update terkini ashemidaa.blogspot.com untuk lebih lagi entry menarik ! Assalamualaikum :)

6 comments:

Follow Us @soratemplates