Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Tuesday, 2 July 2019

Day 1 - Melaka

July 02, 2019 0 Comments
Agak lama jugaklah aku tak berceloteh dekat sini kan? Ada yang rindu ke, eheks. So harini barulah ade kesempatan nak menulis di blog. Sebabkan sekarang dah bermula cuti semester untuk UUM, (actually since 20 June haritu) so aku decide nak ikut kawan aku duduk Melaka. Sebab nak cari kerja. Yelah, cuti cuti ni sape jelah nak bagi aku duit. Orang pun naik menyampah kalau aku terbongkang je dekat rumah takde hala tuju 😁. 

Mulanya planning nak pergi dengan member aku, tapi ada masalah teknikal sikit member aku suggest suh naik bas. So aku pun pulun lah pi beli tiket bas dari Segamat - Melaka Central. Cehhh eksaited ni sebab selalu nya turun dekat Changloon ja. Kalini kita merantau lain tempat sikit. Nak citer pasal tiket ni memang aku impressed sangat sebab selama ni aku beli tiket ke Kedah almost RM80, tapi tiket pegi Melaka ni cuma RM11 jaa, tu yang waaaaaaahhh. (Abaikan kejakunan aku)


Tibe lah hari kejadian. Sebab aku beli tiket 28 June, pukul 12:15 ptg. Pagi tu aku besiap lah macam biasa, barang-barang semua aku dah prepare awal dah. Walaupun dekat je Melaka Segamat tu, tapi kalau suh patah balik cari gaduh gak hahahah. 

Pagi tu aku mintak mak, akak and adik aku yang hantar aku ke bustop. Planning awal memang hantar aku ke busten je tau, but then tiba tiba mak bagi idea nak hantar aku sampai Melaka terus. Aku pun whattttt?? Hahah terkejut lah jemah. Seriouslaaa. Pastu kami pun decide untuk hantar aku ke Melaka. Sebelum pegi tu servis kereta dulu lah kan sebab tayar mak macam dah gogel2. (Paham-paham korang jelah). 

Macam-macam perasaan aku rasa, suka eksaited, sayang tiket pun ada. Tapi takpelah sebab bukan jauh pun, Hihihi. Jadi kami teruskan perjalanan kami dengan Bismillah. Mula-mula isi Touch n Go then isi minyak. Benda-benda basic kalau nak jalan jauh la. 


Jengg jengg. Kalau korang tengok dari gambar ni agak agak aku nak ke mana? Hahahahaha. Oke jangan lepu sangat lah, sah sah aku dah ade dekat jalan nak masuk simpang exit Ayer Keroh tu eheks. Sebab rumah member aku ni dekat Bukit Beruang, so ofkos laa aku akan masuk Ayer Keroh. 



Tadaaa, haaa aku tak tipu korang lah. Betul kan aku masuk Ayer Keroh. Masa ni dah mula eksaited dah, sebab aku ni kalau dengan family memang jarang sangat berjalan jauh. Jarang sangat-sangat, kalau travel Penang, Langkawi semua dengan member2 aku je. Budak-budak blockmates aku. 

Akak aku cakap, kita jalan-jalan dulu lah baru hantar aku. Then kami cakaplaah kita jalan Mahkota Parade lah. Semua onz so jalanz. Kitorang kan pelawat, ofkos la guna waze, Riuhlah nak tengok waze nak cari MP je kot. Hahahaha


Masuk-masuk MP je, mata aku melilau and nampak SASA ni, agak menjerit lah hati kecilku sebab kat Segamat mana ada. Bhahahaha. Ofkos la pegi tu kena masuk, tapi masuk jelah sebab nak jimats. Keje pun belom masani, gano nya nak bershopping. Tak terbayor rumah sewa kang. Kahkahkah. 


Dah pusing-pusing tu masing masing kebuluran. Mak kata jomlah nak makan mana, mak nak nasi. So kita carilah kedai yang ada nasi. Haruslah The Chicken Rice Shop! So order dan makan. Nak jimat konon tak nak order set, sekali bayar lohh sama je kalau order set pun kahkahkah. 


So aku order ni, masa ni sup belum sampai. Gelojoh ngat nya lagi nak ambik gambar. Aku tak ingat pulak ni set apa tapi yang pasti ada honey2 tu nama dia. (Bukan "honey" 1 suami tu eheks). Kami pun makan lah sebelum diorang farewell nak hantar aku duduk berhijrah di Melaka ni. Bukan apa, nak mencari rezeki yang halal untuk menyara anak-anak cacing kat perut ni wkwkwkwk. 


Hehehe ni lah satu-saunya gambar yang kami ada. Sebab tujuan pegi Melaka pun bukan untuk travel. Masa pun dah singkat sangat. Ade lah beberapa gambar sempat snap dalam kereta masa tu sepanjang sampainya dekat Melaka. 

Meh aku share sikit la, sikit jee. 


Hahahahaha sikit sangat ke? Takpe, chill aku ada dua bulan dekat Melaka ni untuk aku share dekat korang. Chilsss je k. Otw pegi pintu keluar dari MP tu, adik aku nampak churosss pulekk. Mula lah dia mintak. Layankan ajelah budak kecik tu. 


Disclaimer: depan ni bukan keluarga saya. Bhhahaha 

Okay sambung, so kami tunggu lah churos siap baru lah pegi bayar parking. Aku kan semidut yang dikenali dengan kejakunan tegarnya. Sekali lagi aku jakun dengan tiket parking. HAHAHAHA. Tah la weh, masatu semua benda aku impressed, benda sama je kottt. 



HAHAHAHAHA. SIAP AMIK GAMBO. Ko hade? Bhahaha, suka lah sis. Machiam machiam. So macam tu lah perjalanan hijrah pertama aku ke Melaka. (takde la first time sangat, tapi memori lama tu dah lupa HAHAHA)

Kbyeeeee

Monday, 15 April 2019

TIPS PERGI TRAVEL BERLENGGANG

April 15, 2019 8 Comments
Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum semua !

Ramai orang suka pergi mengembara kan? Kalau pergi travel lebih dari satu hari tu mulalah macam-macam nak diangkutnya dari rumah. Pastu bila barang banyak, mulalah suruh orang bawakkan. Kan menyusahkan namanya tu. Okay so untuk post kalini saya nak share dengan korang apa benda utama yang saya takkan tinggal setiap kali saya pergi travel walau ke mana sekalipun. 

1. SMARTPHONE
Sumber gambar dari Google 
Smartphone adalah barang keutamaan bila saya pergi travel. Tapi smartphone bukan sebarang smartphone. Dalamnya mesti lengkap dengan simkad (bersesuaian dengan negara), ada reload top-up, dan juga aplikasi-aplikasi penting. Bukan apa, pentingnya smartphone ni kita isikan dengan pelbagai perisian ni supaya senang kalau kita sesat ke, nak cari tempat penginapan ke, tempat makanan halal ke dan macam-macam lagi. Smartphone ni juga kegunaanya untuk kita bergambar. Ada sesetengah orang yang tidak berkemampuan untuk membeli kamera dslr, jadi gunakan saja kamera di dalam smartphone korang untuk menangkap memori-memori indah semasa travel.

2. DOMPET
Sumber gambar dari Google
Barang yang penting jugak semasa travel mestilah beg dompet. Tapi bukan beg dompet saja-saja tau, dalamnya juga mestilah lengkap dengan kad pengenalan diri, duit, kad bank dan sebagainya. Kenapa penting semua ni? Laa habistu takkan korang nak travel dengan tangan kosong? Nak belanja makan guna apa, takkan daun kutip pulak kan Hehehe. Oleh tu, sediakan semuanya awal. Kalau bercuti ke luar negara pula, buku merah (passport) tu jangan tinggal ya. Melopong lah korang lalu dekat imegresen nanti kalau tertinggal. Bak kata lagu Zizan, "buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh!". Pastikan juga passpoort korang tu valid lagi ya. Ni tak, main usung je kemana-mana tapi tak check valid date. 

3. ALATAN KEPERLUAN DIRI
Sumber gambar daripada Google 
Okay next, mestilah barang-barang keperluan diri korang. Depends lah korang nak pergi berapa hari. Beragak jugaklah kalau nak bawa pakaian dan barangan tu. Takkan la cuma pergi dua hari satu malam, satu almari tu korang nak bawak kan? Beringat lah rakan-rakan, yang nak membawanya kita juga nanti. Hahaha. Yang paling penting mestilah ada beg (untuk isi barang-barang), pakaian secukupnya, keperluan bersih diri, makeup & skincare, medkit dan sebagainya. Janganlah gelabah pula bila tertinggal berus gigi lah apa lah, semua peralatan tu ada je dijual di mana-mana. Nanti saya kongsikan entry pengalaman saya bercuti di Penang. Macam-macam gelagat kawan-kawan yang takkan dapat saya lupakan sampai bila-bila ! 

Jadi, sebenarnya korang tak perlu pun bawa satu almari kalau nak pergi bercuti. Bawa mana penting sahaja pun sudah memadai. Asalkan korang tak tinggal tiga benda penting kat atas ni sudahla ye. Okay semua, saya harap post kalini dapat membantu untuk rakan-rakan diluar sana yang nak melancong tapi risau tak cukup tangan nak bawak barang. Lain kali saya akan kongsikan dengan semua berkaitan dengan aplikasi yang bagus untuk melancong, cara menyusun pakaian di dalam bagasi dah bermacam lagi tips menarik. 

Jangan lupa untuk ikuti post akan datang daripada blog ini. See yahh ! 

Penang Trip 2019 Part 1

April 15, 2019 0 Comments
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua !

Kalau tengok tajuk tu, agak-agak korang saya nak cerita pasal apa? Mestilah pasal trip ke Penang! Okay so, saya mulakan dengan persiapan seminggu sebelum pergi tu. Kami rancang dah lama dah nak pergi Penang tu, tapi dalam seminggu sebelum tu baru kami deals homestay and susun jadual betul-betul.



Perancangan asalnya, kami nak pi Penang ni untuk Food Hunting tapi rasanya macam terbuat Road Hunting pula. Hahahah. Siapa-siapa yang pernah pergi Penang of course tahu macam mana bersimpang siurnya jalan raya dekat situ, macam mana sesaknya Penang! Sampaikan maps pun pening nak bagi tunjuk arah jalan kat kitorang tau!

Okay first, kami book homestay dulu. Biasalah gigirls, memang details sikit plus nak bajet. Hihi so kami survey lah tempat mana-mana yang murah (homestay). So cari punya cari, terjumpa dekat apps Agoda. Memang masatu murah la senang cite untuk one night tu. Jadi malam perbincangan kami tu, kami books and deal dengan homestay tu. 

Follow Us @soratemplates