Monday, 15 April 2019

# Travelogue

TIPS PERGI TRAVEL BERLENGGANG

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum semua !

Ramai orang suka pergi mengembara kan? Kalau pergi travel lebih dari satu hari tu mulalah macam-macam nak diangkutnya dari rumah. Pastu bila barang banyak, mulalah suruh orang bawakkan. Kan menyusahkan namanya tu. Okay so untuk post kalini saya nak share dengan korang apa benda utama yang saya takkan tinggal setiap kali saya pergi travel walau ke mana sekalipun. 

1. SMARTPHONE
Sumber gambar dari Google 
Smartphone adalah barang keutamaan bila saya pergi travel. Tapi smartphone bukan sebarang smartphone. Dalamnya mesti lengkap dengan simkad (bersesuaian dengan negara), ada reload top-up, dan juga aplikasi-aplikasi penting. Bukan apa, pentingnya smartphone ni kita isikan dengan pelbagai perisian ni supaya senang kalau kita sesat ke, nak cari tempat penginapan ke, tempat makanan halal ke dan macam-macam lagi. Smartphone ni juga kegunaanya untuk kita bergambar. Ada sesetengah orang yang tidak berkemampuan untuk membeli kamera dslr, jadi gunakan saja kamera di dalam smartphone korang untuk menangkap memori-memori indah semasa travel.

2. DOMPET
Sumber gambar dari Google
Barang yang penting jugak semasa travel mestilah beg dompet. Tapi bukan beg dompet saja-saja tau, dalamnya juga mestilah lengkap dengan kad pengenalan diri, duit, kad bank dan sebagainya. Kenapa penting semua ni? Laa habistu takkan korang nak travel dengan tangan kosong? Nak belanja makan guna apa, takkan daun kutip pulak kan Hehehe. Oleh tu, sediakan semuanya awal. Kalau bercuti ke luar negara pula, buku merah (passport) tu jangan tinggal ya. Melopong lah korang lalu dekat imegresen nanti kalau tertinggal. Bak kata lagu Zizan, "buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh!". Pastikan juga passpoort korang tu valid lagi ya. Ni tak, main usung je kemana-mana tapi tak check valid date. 

3. ALATAN KEPERLUAN DIRI
Sumber gambar daripada Google 
Okay next, mestilah barang-barang keperluan diri korang. Depends lah korang nak pergi berapa hari. Beragak jugaklah kalau nak bawa pakaian dan barangan tu. Takkan la cuma pergi dua hari satu malam, satu almari tu korang nak bawak kan? Beringat lah rakan-rakan, yang nak membawanya kita juga nanti. Hahaha. Yang paling penting mestilah ada beg (untuk isi barang-barang), pakaian secukupnya, keperluan bersih diri, makeup & skincare, medkit dan sebagainya. Janganlah gelabah pula bila tertinggal berus gigi lah apa lah, semua peralatan tu ada je dijual di mana-mana. Nanti saya kongsikan entry pengalaman saya bercuti di Penang. Macam-macam gelagat kawan-kawan yang takkan dapat saya lupakan sampai bila-bila ! 

Jadi, sebenarnya korang tak perlu pun bawa satu almari kalau nak pergi bercuti. Bawa mana penting sahaja pun sudah memadai. Asalkan korang tak tinggal tiga benda penting kat atas ni sudahla ye. Okay semua, saya harap post kalini dapat membantu untuk rakan-rakan diluar sana yang nak melancong tapi risau tak cukup tangan nak bawak barang. Lain kali saya akan kongsikan dengan semua berkaitan dengan aplikasi yang bagus untuk melancong, cara menyusun pakaian di dalam bagasi dah bermacam lagi tips menarik. 

Jangan lupa untuk ikuti post akan datang daripada blog ini. See yahh ! 

8 comments:

Follow Us @soratemplates