Wednesday, 17 April 2019

# Agama # My Family

Usaha vs Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua 

Alhamdulillah bercakap mengenai rezeki, saya masih diberi rezeki kesihatan yang baik selepas beberapa hari saya diserang gastrik. Gastrik ni biasanya dikaitkan dengan waktu makan yang tak teratur. Lately saya agak sibuk sehingga terlewat makan. Biasanya perut saya ni champion je, tapi tulah benda nak jadi. 

Sumber: Google

Jadi untuk entry kali ini saya berminat nak kongsikan sedikit sebanyak konsep rezeki. Rezeki ni meluas. Ada rezeki dalam bentuk kesihatan, ada rezeki dalam bentuk wang ringgit. Tak semestinya kita tak kaya bermakna Tuhan tak beri rezeki kepada kita. 

Mesti anda semua pernah dengar mengenai ayat "Rezeki tak salah alamat". Ya betul sekali quote tersebut sebab Allah dah atur baik-baik jalan untuk kita hambanya di dunia ini. Barang siapa yang berusaha, dia akan dapat ganjaran terhadap apa yang diusahakannya.

Sumber: Google

Baru-baru ini saya ada terbaca di Twitter yang berbentuk nasihat juga kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diberikan kepadanya.

Sumber: Twitter @farahishanim 
"Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu agar kamu bersyukur" ayat AlQuran yang dipetik dari Surah A-Maidah ayat 5:6.

Sesungguhnya Allah tidak mahu menyukarkan sesuatu buat hambanya. Kita sebagai hambanya perlulah sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang kita peroleh daripadaNya.

Antara ayat yang dinyatakan di dalam gambar ialah:

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan kereta yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira daripada membayar kos penyelenggaraan yang tinggi. 


Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk maknan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira daripada mereka yang gelandangan.


Jika tiada rezeki mendapat anak, mungkin diberikan mentua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang sukar dikawal. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Jika tiada rezeki Jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

 

Jika tiada rezeki dalam wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kkesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan yang sentiasa sihat dan ceria berbanding kerisauan menjaga harta dunia. 


Selepas saya membaca tweet ini, saya rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya. Mungkin Allah tidak memberi rezeki daripada keluarga yang kaya tetapi keluarga saya bahagia dan tidak ada yang berpenyakit kronik.

Ada kala saya gembira dan cemburu melihat kawan-kawan saya menjelang hari perkahwinan mereka. Saya merasakan jodoh saya lambat. Namun sebenarnya, saya dikurniakan rezeki untuk melihat ibu saya, atok nenek yang membela saya dari kecil. Saya mampu berbakti kepada mereka.

Gambar dengan mak saya dalam kereta.
Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan kepada kita sepanjang kita masih bernafas di muka bumi ini. Gambar kat atas ni gambar saya dengan mak. Insan yang paling banyak berusaha dalam membesarkan saya dan kakak. Doakan mak saya sihat dan dipanjangkan umur. Aminn yaa rabb. 

Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahkan rezeki buat para pembaca:) Assalamualaikum.. 

2 comments:

  1. percaya dengan rezeki Allah bagi dekat kita ❤️ in shaa allah satu hari nanti kita dapat apa yang kita inginkan 😊

    ReplyDelete

Follow Us @soratemplates