Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, 2 July 2019

Day 1 - Melaka

July 02, 2019 0 Comments
Agak lama jugaklah aku tak berceloteh dekat sini kan? Ada yang rindu ke, eheks. So harini barulah ade kesempatan nak menulis di blog. Sebabkan sekarang dah bermula cuti semester untuk UUM, (actually since 20 June haritu) so aku decide nak ikut kawan aku duduk Melaka. Sebab nak cari kerja. Yelah, cuti cuti ni sape jelah nak bagi aku duit. Orang pun naik menyampah kalau aku terbongkang je dekat rumah takde hala tuju 😁. 

Mulanya planning nak pergi dengan member aku, tapi ada masalah teknikal sikit member aku suggest suh naik bas. So aku pun pulun lah pi beli tiket bas dari Segamat - Melaka Central. Cehhh eksaited ni sebab selalu nya turun dekat Changloon ja. Kalini kita merantau lain tempat sikit. Nak citer pasal tiket ni memang aku impressed sangat sebab selama ni aku beli tiket ke Kedah almost RM80, tapi tiket pegi Melaka ni cuma RM11 jaa, tu yang waaaaaaahhh. (Abaikan kejakunan aku)


Tibe lah hari kejadian. Sebab aku beli tiket 28 June, pukul 12:15 ptg. Pagi tu aku besiap lah macam biasa, barang-barang semua aku dah prepare awal dah. Walaupun dekat je Melaka Segamat tu, tapi kalau suh patah balik cari gaduh gak hahahah. 

Pagi tu aku mintak mak, akak and adik aku yang hantar aku ke bustop. Planning awal memang hantar aku ke busten je tau, but then tiba tiba mak bagi idea nak hantar aku sampai Melaka terus. Aku pun whattttt?? Hahah terkejut lah jemah. Seriouslaaa. Pastu kami pun decide untuk hantar aku ke Melaka. Sebelum pegi tu servis kereta dulu lah kan sebab tayar mak macam dah gogel2. (Paham-paham korang jelah). 

Macam-macam perasaan aku rasa, suka eksaited, sayang tiket pun ada. Tapi takpelah sebab bukan jauh pun, Hihihi. Jadi kami teruskan perjalanan kami dengan Bismillah. Mula-mula isi Touch n Go then isi minyak. Benda-benda basic kalau nak jalan jauh la. 


Jengg jengg. Kalau korang tengok dari gambar ni agak agak aku nak ke mana? Hahahahaha. Oke jangan lepu sangat lah, sah sah aku dah ade dekat jalan nak masuk simpang exit Ayer Keroh tu eheks. Sebab rumah member aku ni dekat Bukit Beruang, so ofkos laa aku akan masuk Ayer Keroh. 



Tadaaa, haaa aku tak tipu korang lah. Betul kan aku masuk Ayer Keroh. Masa ni dah mula eksaited dah, sebab aku ni kalau dengan family memang jarang sangat berjalan jauh. Jarang sangat-sangat, kalau travel Penang, Langkawi semua dengan member2 aku je. Budak-budak blockmates aku. 

Akak aku cakap, kita jalan-jalan dulu lah baru hantar aku. Then kami cakaplaah kita jalan Mahkota Parade lah. Semua onz so jalanz. Kitorang kan pelawat, ofkos la guna waze, Riuhlah nak tengok waze nak cari MP je kot. Hahahaha


Masuk-masuk MP je, mata aku melilau and nampak SASA ni, agak menjerit lah hati kecilku sebab kat Segamat mana ada. Bhahahaha. Ofkos la pegi tu kena masuk, tapi masuk jelah sebab nak jimats. Keje pun belom masani, gano nya nak bershopping. Tak terbayor rumah sewa kang. Kahkahkah. 


Dah pusing-pusing tu masing masing kebuluran. Mak kata jomlah nak makan mana, mak nak nasi. So kita carilah kedai yang ada nasi. Haruslah The Chicken Rice Shop! So order dan makan. Nak jimat konon tak nak order set, sekali bayar lohh sama je kalau order set pun kahkahkah. 


So aku order ni, masa ni sup belum sampai. Gelojoh ngat nya lagi nak ambik gambar. Aku tak ingat pulak ni set apa tapi yang pasti ada honey2 tu nama dia. (Bukan "honey" 1 suami tu eheks). Kami pun makan lah sebelum diorang farewell nak hantar aku duduk berhijrah di Melaka ni. Bukan apa, nak mencari rezeki yang halal untuk menyara anak-anak cacing kat perut ni wkwkwkwk. 


Hehehe ni lah satu-saunya gambar yang kami ada. Sebab tujuan pegi Melaka pun bukan untuk travel. Masa pun dah singkat sangat. Ade lah beberapa gambar sempat snap dalam kereta masa tu sepanjang sampainya dekat Melaka. 

Meh aku share sikit la, sikit jee. 


Hahahahaha sikit sangat ke? Takpe, chill aku ada dua bulan dekat Melaka ni untuk aku share dekat korang. Chilsss je k. Otw pegi pintu keluar dari MP tu, adik aku nampak churosss pulekk. Mula lah dia mintak. Layankan ajelah budak kecik tu. 


Disclaimer: depan ni bukan keluarga saya. Bhhahaha 

Okay sambung, so kami tunggu lah churos siap baru lah pegi bayar parking. Aku kan semidut yang dikenali dengan kejakunan tegarnya. Sekali lagi aku jakun dengan tiket parking. HAHAHAHA. Tah la weh, masatu semua benda aku impressed, benda sama je kottt. 



HAHAHAHAHA. SIAP AMIK GAMBO. Ko hade? Bhahaha, suka lah sis. Machiam machiam. So macam tu lah perjalanan hijrah pertama aku ke Melaka. (takde la first time sangat, tapi memori lama tu dah lupa HAHAHA)

Kbyeeeee

Wednesday, 17 April 2019

Usaha vs Rezeki

April 17, 2019 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua 

Alhamdulillah bercakap mengenai rezeki, saya masih diberi rezeki kesihatan yang baik selepas beberapa hari saya diserang gastrik. Gastrik ni biasanya dikaitkan dengan waktu makan yang tak teratur. Lately saya agak sibuk sehingga terlewat makan. Biasanya perut saya ni champion je, tapi tulah benda nak jadi. 

Sumber: Google

Jadi untuk entry kali ini saya berminat nak kongsikan sedikit sebanyak konsep rezeki. Rezeki ni meluas. Ada rezeki dalam bentuk kesihatan, ada rezeki dalam bentuk wang ringgit. Tak semestinya kita tak kaya bermakna Tuhan tak beri rezeki kepada kita. 

Mesti anda semua pernah dengar mengenai ayat "Rezeki tak salah alamat". Ya betul sekali quote tersebut sebab Allah dah atur baik-baik jalan untuk kita hambanya di dunia ini. Barang siapa yang berusaha, dia akan dapat ganjaran terhadap apa yang diusahakannya.

Sumber: Google

Baru-baru ini saya ada terbaca di Twitter yang berbentuk nasihat juga kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diberikan kepadanya.

Sumber: Twitter @farahishanim 
"Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu agar kamu bersyukur" ayat AlQuran yang dipetik dari Surah A-Maidah ayat 5:6.

Sesungguhnya Allah tidak mahu menyukarkan sesuatu buat hambanya. Kita sebagai hambanya perlulah sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang kita peroleh daripadaNya.

Antara ayat yang dinyatakan di dalam gambar ialah:

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan kereta yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira daripada membayar kos penyelenggaraan yang tinggi. 


Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk maknan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira daripada mereka yang gelandangan.


Jika tiada rezeki mendapat anak, mungkin diberikan mentua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang sukar dikawal. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Jika tiada rezeki Jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

 

Jika tiada rezeki dalam wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kkesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan yang sentiasa sihat dan ceria berbanding kerisauan menjaga harta dunia. 


Selepas saya membaca tweet ini, saya rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya. Mungkin Allah tidak memberi rezeki daripada keluarga yang kaya tetapi keluarga saya bahagia dan tidak ada yang berpenyakit kronik.

Ada kala saya gembira dan cemburu melihat kawan-kawan saya menjelang hari perkahwinan mereka. Saya merasakan jodoh saya lambat. Namun sebenarnya, saya dikurniakan rezeki untuk melihat ibu saya, atok nenek yang membela saya dari kecil. Saya mampu berbakti kepada mereka.

Gambar dengan mak saya dalam kereta.
Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan kepada kita sepanjang kita masih bernafas di muka bumi ini. Gambar kat atas ni gambar saya dengan mak. Insan yang paling banyak berusaha dalam membesarkan saya dan kakak. Doakan mak saya sihat dan dipanjangkan umur. Aminn yaa rabb. 

Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahkan rezeki buat para pembaca:) Assalamualaikum.. 

Follow Us @soratemplates