Tuesday 30 April 2019

Status OKU Bukan Penghalang Khairul Nizam untuk Berjaya

April 30, 2019 9 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua pekerja-pekerja di luar sana. Cuti-cuti ni mesti ramai yang spend time dengan family, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan kan. Jadi bersempena dengan hari ini, saya ada satu kisah yang pasti akan membuatkan semua orang berbangga dengan kemampuan pemuda ini. 


Kenapa saya terpanggil untuk kongsikan kisah ini kepada orang ramai kerana zaman sekarang ramai yang mengeluh dengan nasib kehidupan mereka. Malahan ramai juga yang hampir berputus asa setelah gagal berkali-kali dalam apa yang cuba diusahakan. Semoga kisah di bawah memberikan sedikit inspirasi dan semangat baru untuk masyarakat di luar sana dalam memotivasikan diri untuk lebih berusaha. 


Khairul Nizam, seorang pemuda yang hanya mampu menggerakkan tiga daripada jarinya masih mampu mencipta nama di dalam dunia perniagaan. Viral tempoh lalu video luahan hati beliau di Facebook mengenai kesungguhan beliau sehingga berjaya menjadi pengasas kepada JamuMall.com. 

Ayuh sama-sama kita hayati kisah beliau.. 



"Diusia 30,  dengan keadaan cacat aku bersyukur dengan kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu beli ape aku nak, mampu makan yg mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dan sampai. Yang paling best, aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.


Bukan nak riak, tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit mcm aku, nk bahagiakan family mereka mcm aku, tapi adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...


Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan,, duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus, lapar, penat, takde org disisi.  Tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat. 





Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain. Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yg suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran. 


Ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia-sia kan. Aku bangkit untuk beri manfaat kepada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.



Kini aku sedar, untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.



Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya!!Akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi, kita je mampu ubah diri kita!!"


Jujur saya katakan, kisah pemuda ini amat memberi kesan kepada kehidupan saya. Saya berasa sangat bangga dengan wujudnya individu yang berpemikiran seperti belia. Tak semestinya kita kekurangan, kita tak mampu berjaya. Khairul Nizam juga telah membuktikan bahawa status OKU bukan penghalangnya untuk lebih maju ke hadapan. Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Gunakanlah setiap anugerah yang kita perolehi untuk menjadi yang lebih baik dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

Jom kita kenali saudara Khairul Nizam dengan lebih dekat lagi di laman rasmi media sosialnya:

Facebook:
Khairul Nizam Official

Page:
JamuMall.com

Instagram:
 @hyekhairul

Website:
JamuMall

Monday 22 April 2019

Seoul Garden Aman Central, Alor Setar

April 22, 2019 1 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Okay guys, untuk entry harini kita nak talk about Seoul Garden. Korang tau tak Seoul Garden ni tempat apa? Seoul Garden ni restaurant yang hidangkan menu macam ala-ala korean food tu. 

Kalau taktahu lagi haa klik sini Seoul Garden Webpage

Sumber: Google
So ceritanya macam ni, saya dah lama sangat mengidam nak makan Seoul Garden ni since almost a year lah jugak tak pegi Seoul Garden ni. 

Kitorang decide nak pergi Jumaat lepas but the end kitorang pegi Sabtu. Biasalah kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Hiks. 

Muka eksaited sebab dah lama tak hang out


Since kitorang ade dekat Kedah, so the nearest Seoul Garden dekat Aman Central, Alor Setar. Taktau Aman Central? Ha nahh sis google kan untuk uolss. 


Sumber: Google
Okay sampai-sampai je Aman Central, dah park kereta semua masing-masing cari Seoul Garden. Sebab dah lama sangat tak pergi dengan keadaan Aman Central yang besar luas dan bertingkat-tingkat tu, kitorang round jugak and jumpa. 


Hahaha time ni dah sampai mestilah tengok harga sekarang kan. Kot-kot ada promotion ka hiihi. So kami guna sttudent card, dapat juga lah potongan beberapa peratus. 

Dah masuk, bayar then pelayan bawa pergi tempat duduk kami. 


Masa ni masih kosong lagi. Duduk jap orang kata ambik feel sebelum kitorang penuhkan meja tu dengan makanan hehehe. 


Masa kat kaunter tadi, sempat jugalah ambik gambar this side. Tersusun kan? Kemas gile weh menu pun banyak. OMG ilove it hihihi. Nak repeat plssss. 


Jeng jeng jeng. Haa ni baru first round tau kitorang ambik makanan, ada lagi second, third and fourth round sampai masing-masing dah terduduk kekenyangan. 

Menu-menu dia memang superb. Lagi-lagi ayam krispy pedas tu. I is suka gile weh ! hahahahaha melantak tu je banyak rasanya. 

Bestnya Seoul Garden ni, once uols dah bayar makan jela na makan apa. Aiskrim pun ada ! Buah-buah desert. Heheheh. 


Masa ni muka kenyang dah weh. Korang tengokla semua pinggan dah licin ahahhahhaha. Tapi gigih gak habis kan sebab taknak membazir. Hiks.


Dah habis makan-makan tu, tak ku lupakan aiskrim ni. Macam-macam perisa ada weh. Happy tummy again. hahahahaha. 


Ada pulak nak interframe belakang tu hahaha comel lah Pikah ni. Tengokla saya makan aiskrim tu, 3,4 perisa campur sekali. Siap ada adds on. Rugi tak ambik ! 

We decide untuk keluar lah setelah masing-masing bentak makan. Lepas makan tu kami pegi cinema. Yang tu saya ceritakan dekat entry lain nanti pulak. Hehehe. 

Kepada sesiapa yang nak tahu berapa harga nak masuk Seoul Garden ni, kat bawah ni ada price list. Rajin-rajinkanlah diri membaca ya. Hee bye!


Wednesday 17 April 2019

Usaha vs Rezeki

April 17, 2019 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua 

Alhamdulillah bercakap mengenai rezeki, saya masih diberi rezeki kesihatan yang baik selepas beberapa hari saya diserang gastrik. Gastrik ni biasanya dikaitkan dengan waktu makan yang tak teratur. Lately saya agak sibuk sehingga terlewat makan. Biasanya perut saya ni champion je, tapi tulah benda nak jadi. 

Sumber: Google

Jadi untuk entry kali ini saya berminat nak kongsikan sedikit sebanyak konsep rezeki. Rezeki ni meluas. Ada rezeki dalam bentuk kesihatan, ada rezeki dalam bentuk wang ringgit. Tak semestinya kita tak kaya bermakna Tuhan tak beri rezeki kepada kita. 

Mesti anda semua pernah dengar mengenai ayat "Rezeki tak salah alamat". Ya betul sekali quote tersebut sebab Allah dah atur baik-baik jalan untuk kita hambanya di dunia ini. Barang siapa yang berusaha, dia akan dapat ganjaran terhadap apa yang diusahakannya.

Sumber: Google

Baru-baru ini saya ada terbaca di Twitter yang berbentuk nasihat juga kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diberikan kepadanya.

Sumber: Twitter @farahishanim 
"Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu agar kamu bersyukur" ayat AlQuran yang dipetik dari Surah A-Maidah ayat 5:6.

Sesungguhnya Allah tidak mahu menyukarkan sesuatu buat hambanya. Kita sebagai hambanya perlulah sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang kita peroleh daripadaNya.

Antara ayat yang dinyatakan di dalam gambar ialah:

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan kereta yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira daripada membayar kos penyelenggaraan yang tinggi. 


Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk maknan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira daripada mereka yang gelandangan.


Jika tiada rezeki mendapat anak, mungkin diberikan mentua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang sukar dikawal. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Jika tiada rezeki Jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

 

Jika tiada rezeki dalam wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kkesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan yang sentiasa sihat dan ceria berbanding kerisauan menjaga harta dunia. 


Selepas saya membaca tweet ini, saya rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya. Mungkin Allah tidak memberi rezeki daripada keluarga yang kaya tetapi keluarga saya bahagia dan tidak ada yang berpenyakit kronik.

Ada kala saya gembira dan cemburu melihat kawan-kawan saya menjelang hari perkahwinan mereka. Saya merasakan jodoh saya lambat. Namun sebenarnya, saya dikurniakan rezeki untuk melihat ibu saya, atok nenek yang membela saya dari kecil. Saya mampu berbakti kepada mereka.

Gambar dengan mak saya dalam kereta.
Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan kepada kita sepanjang kita masih bernafas di muka bumi ini. Gambar kat atas ni gambar saya dengan mak. Insan yang paling banyak berusaha dalam membesarkan saya dan kakak. Doakan mak saya sihat dan dipanjangkan umur. Aminn yaa rabb. 

Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahkan rezeki buat para pembaca:) Assalamualaikum.. 

Monday 15 April 2019

TIPS PERGI TRAVEL BERLENGGANG

April 15, 2019 8 Comments
Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum semua !

Ramai orang suka pergi mengembara kan? Kalau pergi travel lebih dari satu hari tu mulalah macam-macam nak diangkutnya dari rumah. Pastu bila barang banyak, mulalah suruh orang bawakkan. Kan menyusahkan namanya tu. Okay so untuk post kalini saya nak share dengan korang apa benda utama yang saya takkan tinggal setiap kali saya pergi travel walau ke mana sekalipun. 

1. SMARTPHONE
Sumber gambar dari Google 
Smartphone adalah barang keutamaan bila saya pergi travel. Tapi smartphone bukan sebarang smartphone. Dalamnya mesti lengkap dengan simkad (bersesuaian dengan negara), ada reload top-up, dan juga aplikasi-aplikasi penting. Bukan apa, pentingnya smartphone ni kita isikan dengan pelbagai perisian ni supaya senang kalau kita sesat ke, nak cari tempat penginapan ke, tempat makanan halal ke dan macam-macam lagi. Smartphone ni juga kegunaanya untuk kita bergambar. Ada sesetengah orang yang tidak berkemampuan untuk membeli kamera dslr, jadi gunakan saja kamera di dalam smartphone korang untuk menangkap memori-memori indah semasa travel.

2. DOMPET
Sumber gambar dari Google
Barang yang penting jugak semasa travel mestilah beg dompet. Tapi bukan beg dompet saja-saja tau, dalamnya juga mestilah lengkap dengan kad pengenalan diri, duit, kad bank dan sebagainya. Kenapa penting semua ni? Laa habistu takkan korang nak travel dengan tangan kosong? Nak belanja makan guna apa, takkan daun kutip pulak kan Hehehe. Oleh tu, sediakan semuanya awal. Kalau bercuti ke luar negara pula, buku merah (passport) tu jangan tinggal ya. Melopong lah korang lalu dekat imegresen nanti kalau tertinggal. Bak kata lagu Zizan, "buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh!". Pastikan juga passpoort korang tu valid lagi ya. Ni tak, main usung je kemana-mana tapi tak check valid date. 

3. ALATAN KEPERLUAN DIRI
Sumber gambar daripada Google 
Okay next, mestilah barang-barang keperluan diri korang. Depends lah korang nak pergi berapa hari. Beragak jugaklah kalau nak bawa pakaian dan barangan tu. Takkan la cuma pergi dua hari satu malam, satu almari tu korang nak bawak kan? Beringat lah rakan-rakan, yang nak membawanya kita juga nanti. Hahaha. Yang paling penting mestilah ada beg (untuk isi barang-barang), pakaian secukupnya, keperluan bersih diri, makeup & skincare, medkit dan sebagainya. Janganlah gelabah pula bila tertinggal berus gigi lah apa lah, semua peralatan tu ada je dijual di mana-mana. Nanti saya kongsikan entry pengalaman saya bercuti di Penang. Macam-macam gelagat kawan-kawan yang takkan dapat saya lupakan sampai bila-bila ! 

Jadi, sebenarnya korang tak perlu pun bawa satu almari kalau nak pergi bercuti. Bawa mana penting sahaja pun sudah memadai. Asalkan korang tak tinggal tiga benda penting kat atas ni sudahla ye. Okay semua, saya harap post kalini dapat membantu untuk rakan-rakan diluar sana yang nak melancong tapi risau tak cukup tangan nak bawak barang. Lain kali saya akan kongsikan dengan semua berkaitan dengan aplikasi yang bagus untuk melancong, cara menyusun pakaian di dalam bagasi dah bermacam lagi tips menarik. 

Jangan lupa untuk ikuti post akan datang daripada blog ini. See yahh ! 

Penang Trip 2019 Part 1

April 15, 2019 0 Comments
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum semua !

Kalau tengok tajuk tu, agak-agak korang saya nak cerita pasal apa? Mestilah pasal trip ke Penang! Okay so, saya mulakan dengan persiapan seminggu sebelum pergi tu. Kami rancang dah lama dah nak pergi Penang tu, tapi dalam seminggu sebelum tu baru kami deals homestay and susun jadual betul-betul.



Perancangan asalnya, kami nak pi Penang ni untuk Food Hunting tapi rasanya macam terbuat Road Hunting pula. Hahahah. Siapa-siapa yang pernah pergi Penang of course tahu macam mana bersimpang siurnya jalan raya dekat situ, macam mana sesaknya Penang! Sampaikan maps pun pening nak bagi tunjuk arah jalan kat kitorang tau!

Okay first, kami book homestay dulu. Biasalah gigirls, memang details sikit plus nak bajet. Hihi so kami survey lah tempat mana-mana yang murah (homestay). So cari punya cari, terjumpa dekat apps Agoda. Memang masatu murah la senang cite untuk one night tu. Jadi malam perbincangan kami tu, kami books and deal dengan homestay tu. 

Tips Kenyang Seharian dengan Choco Krunch!

April 15, 2019 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum semua !

Kalau sebut je Choco Jar, mesti ramai dapat bayangkan kerangupannya kan! So, dalam entry kali ni saya nak kongsikan tentang macam mana sedapnya Choco Krunch yang saya dapat ni. 

Memang terbaik gila tau produk daripada Kelantan ni. Okay untuk pengetahuan semua, first saya kenal Choco Krunch ni dekat Facebook. 

Tengah ralit scrolling, tibe tibe ternampak satu posting orang jual Choco Krunch ni. Kita kalau dah nafsu besar ni, semua benda nak di cubanya. So, saya apa lagi tak tunggu lama terus pm kakak yang jual tu.  

Kalau semua nak tahu, macam ni lah rupa Choco Krunch tu. Masa ni dah dapat kat tangan. 


 Sangat comel kan? Omomomo masa dapat memang excited habis. Hehehe maklumlah peminat coklat. Badan pun sama bulat dengan coklat. 

So serba sedikit mengenai produk ni, dibuat daripada bahan-bahan seperti: 
  1. Gula
  2. Lemak sayuran
  3. Tepung gandum
  4. Serbuk koko
  5. Serbuk susu penuh krim
  6. Pengemulsi
  7. Soya lecithin E322 & E476
  8. Vanila asli
  9. Koko krunch

Selain tu pulak, dia ada dua perisa tau, Dark Chocolate & White Chocolate. Dua-dua pun super!


Dah tau bahan-bahan, haa jom kita try. Bukak dengan penuh rasa teruja tau hehehe. 


 Punya lah eksaited nak makan tu, beg pun tak sempat letak tepi dah. Adoi jangan tiru aksi ini di rumah ye. Makan berdiri tu tak helok. Fokus sangat muka saya tu. Nampak tak sabarnya tu. hehe


Okay jap saya rasa dulu. Sedap ke tak sedap ek? Korang rasa daripada ekspresi muka saya tu sedap ke tak sedap? Hihihi mestilah sedap! Rangup sangat weh.

Tapi masa tengah makan tu tengah rush nak pergi kelas. So, saya angkut sekali pegi kelas buat sarapan. Alang-alang perut pagi ni tahu-tahu jelah kan. So sementara tunggu lecturer masuk, saya sambung ngap balik hihihi.


Apa yang saya suka sangat dengan Choco Krunch ni sebab kita tak perlu susah-susah nak rendam dulu ke, jerang air dulu ke tak payah. Buka je penutup botol tu terus ngap masuk mulut. Dah sampai dalam mulut tu krap krup krap krup bunyi dia pehh !


Nahh saya payung lagi satu gambar muka keenakan bagai dibuai mimpi bila makan Choco Krunch ni. Hihihi mengada betul dah la makan dalam kelas. (Lecturer belum masuk okay)


Nak overclaim la jugak yang bila makan Choco Krunch ni tibe-tibe je jadi comel. HAHAHAHAHA. Okay gurau! Tapi apa yang boleh saya rumuskan, memang sedap rangup dan mesti nak repeat!

So siapa-siapa yang teragak tu boleh pm sis ni untuk order ! Klik je link bawah ni. Sekian saja untuk post yang menggiurkan anda semua hihi byeee !

Nak Order Choco Krunch

Wednesday 10 April 2019

Biar kita pengaruh sosial media, jangan sosial media pengaruh kita !

April 10, 2019 1 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua !

Sumber: Google

Zaman sekarang ni makin ramai orang menggunakan sosial media. Makin banyak juga aplikasi sosial media yang ada sekarang. Contohnya kalau dulu kita ada Facebook, Twitter dan sebagainya. Now, sebabkan kemajuan teknologi sekarang, kita dah ada Instagram, TikTok, BigoLive dan banyak lagi. 

Platform-platform sosial media ni seharusnya digunakan sebaik mungkin kerana setiap apa yang kita post, kita up di sosial media ni menjadi tumpuan ramai. 

Banyak dalam kalangan anak muda sekarang menyalah gunakan sosial media yang ada. Mereka menjadikan sosial media sebagai tempat meraih perhatian netizen. 

Sebenarnya, sosial media bukan sahaja berguna dalam tujuan kita mendapatkan informasi tentang sesuatu perkara. Namun, sosial media juga membantu kita menjana pendapatan. 

Haa siapa kata main sosial media ni membazir masa ?

Ya membazir kalau kita tak pandai gunakan sebaiknya. Di dalam Instagram, Facebook terlalu banyak lubuk mencari pendapatan hanya menggunakan sosial media. 

Sumber: Google

Jadi, kita sebagai manusia perlulah bijak dalam menguruskan penggunaan sosial kita di laman sosial media. 

Rebut setiap peluang yang ada supaya kita dapat sama-sama bersaing dan tidak ketinggalan zaman. Jangan hanya rebut publisiti je tau. 

Jangan lah jadi manusia yang rugi yang tidak pandai merebut peluang. Jangan bazirkan data, dan masa anda untuk menghadap hiburan sahaja. Jadilah bijak ! 

So, pesanan saya buat remaja di luar sana yang taksub dengan populariti, daripada awak bergelek cari dosa, baik awak berniaga cari duit. 
Sumber: Google 

Boleh la tampung-tampung apa yang kurang dan takpayah susahkan mak ayah lagi. Dah besar kan ? Hee. 


Tuesday 9 April 2019

Fadhilat Ayat 82, Surah Yaasin.

April 09, 2019 6 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua ! 

Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini adalah tidak sempurna. Tiada siapa pun ciptaan yang sempurna kecuali Allah S.W.T. Hari ini saya terdetik untuk kongsikan satu kelebihan ayat suci Al-Quran yang boleh membantu kita sebagai manusia. 

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang terkandung pelbagai kisah, panduan kepada umat Islam di muka bumi ini. Setiap ayat di dalam Al-Quran mengandungi teladan dan petunjuk kepada seluruh umat Baginda Rasulullah s.a.w.  

Jumaat yang lalu, saya terdengar nenek saya membuka ceramah oleh ustaz Mohd Kazim Elias di Youtube. Ceramah itu mengisarkan tentang kelebihan yang ada di dalam ayat 82 Surah Yaasin. Ustaz mengatakan bahawa ayat 82 Surah Yaasin ini bukan sahaja untuk anak-anak yang degil, maka boleh juga diamalkan untuk semua hajat yang kita mahukan (tidak salah disisi Islam).

Ayat 82 Surah Yaasin: 

Sumber: Google

Surah Yaasin sememangnya mempunyai banyak fadhilat dan manfaat kepada kita semua. Dalam perkongsian ustaz lagi, sekiranya kita mempunyai apa-apa hajat yang tidak salah di sisi syarak, kita boleh berdoa dengan mengamalkan ayat ini. 

Ustaz juga ada kongsikan cara membaca surah dan diselitkan sekali dengan apa yang kita hajatkan. Caranya ialah:

1. Membaca ayat 82 dan berhenti pada perkataan " كُن 

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ 

2. Doa apa yang ingin dihajatkan.

3. Habis sahaja hajat, sambung semula dengan perkataan terakhir ayat itu ,  فَيَكُونُ

Sentiasalah mengamalkan ayat ini dan berdoalah yakin kepada Allah supaya apa yang dihajatkan dimakbulkan oleh Allah s.w.t insya Allah. Di dalam kehidupan, semua umat Islam mestilah yakin terhadap kebesaran Allah kerana sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar. 

Sekiranya masih ada terdapat kekeliruan cara untuk mengamalkan doa ini, sila rujuk link di bawah. 


Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada kita semua. Supaya kehidupan kita lebih dirahmati oleh Allah s.w.t. Sama-sama kita berdoa supaya kita setiasa berada di jalanNya. Amin ya rabbal alamin. 

Jangan lupa untuk sentiasa nantikan update terkini ashemidaa.blogspot.com untuk lebih lagi entry menarik ! Assalamualaikum :)

Follow Us @soratemplates