Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Wednesday, 1 May 2019

Movie Review - SHAZAM!

May 01, 2019 0 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Makin nak habis semester ni makin sibuk. Biasalah nama pun student kan hihi. Sibuk tu sikit je, mana nak baring, mana nak tidur, mana nak makan, mana nak jalan-jalan. Haa kan sibuk tu namanya. Hahahaha. So harini nak cerita and review sikit lah pasal movie yang saya tengok baru-baru ni. (Tak la baru sangat, cuma belum sempat update je)

Sumber: Encik Google
So haritu, jalan-jalan dekat Aman Central. Planning lepas makan Seoul Garden tu memang niat nak tengok wayang pun. Tapi takdelah niatnya nak tengok movie SHAZAM! ni pun. Since masatu memng planning nak tengok Friendzone. Tapi disebabkan fully booking untuk Friendzone, so kami decide nak tengok SHAZAM!. 


Gambar ni lepas tengok movie tu. Haa nampak tak member kata best. Hahahaha memang best pun. Untuk movie ni saya boleh bagi 11/10 since memang kena dengan jiwa. Hiks


Roughly, cerita ni mengisahkan pasal seorang budak yang diberi kuasa adi wira tanpa dia mahu. Pada saya cerita ni lebih kepada kelakar dan ada nilai murni yang nak disampaikan kepada semua. Almost each part yang budak ni bertukar jadi SHAZAM! mesti satu panggung gelak. Ada je kerenah yang dia buat mesti kelakar. 


 Part yang paling best pada saya bila dia tukarkan semua adik beradik dia tu jadi SHAZAM! juga. Weh masatu berdegup jantung sebab eksaited. Tak expect pun dia akan ada banyak SHAZAM! So kat situ dah boleh nampak nilai murni yang terjalin antara adik beradik walaupun tak sama darah. 


Apa yang saya nampak dalam cerita ni, banyak nasihat yang dia cuba sampaikan melalui ceita ni. Tak semestinya yang kita sayang dan kita cari tu sayang dan cari kita balik. Tak semestinya orang yang kita baru kenal tu kita tak boleh sayang dan percayakan hubungan baharu tu. So, saya rasa cerita ni masih avail dekat pawagam. Sebab kemarin masa saya nak tengok Avengers, Endgame cerita ni masih ditayangkan. So korang pergilah tengok. Hihihi.

Untuk Avengers Endgame nanti saya kongsikan review dekat post lain pula. See yahh !

Tuesday, 30 April 2019

Status OKU Bukan Penghalang Khairul Nizam untuk Berjaya

April 30, 2019 9 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua pekerja-pekerja di luar sana. Cuti-cuti ni mesti ramai yang spend time dengan family, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan kan. Jadi bersempena dengan hari ini, saya ada satu kisah yang pasti akan membuatkan semua orang berbangga dengan kemampuan pemuda ini. 


Kenapa saya terpanggil untuk kongsikan kisah ini kepada orang ramai kerana zaman sekarang ramai yang mengeluh dengan nasib kehidupan mereka. Malahan ramai juga yang hampir berputus asa setelah gagal berkali-kali dalam apa yang cuba diusahakan. Semoga kisah di bawah memberikan sedikit inspirasi dan semangat baru untuk masyarakat di luar sana dalam memotivasikan diri untuk lebih berusaha. 


Khairul Nizam, seorang pemuda yang hanya mampu menggerakkan tiga daripada jarinya masih mampu mencipta nama di dalam dunia perniagaan. Viral tempoh lalu video luahan hati beliau di Facebook mengenai kesungguhan beliau sehingga berjaya menjadi pengasas kepada JamuMall.com. 

Ayuh sama-sama kita hayati kisah beliau.. 



"Diusia 30,  dengan keadaan cacat aku bersyukur dengan kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu beli ape aku nak, mampu makan yg mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dan sampai. Yang paling best, aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.


Bukan nak riak, tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit mcm aku, nk bahagiakan family mereka mcm aku, tapi adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...


Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan,, duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus, lapar, penat, takde org disisi.  Tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat. 





Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain. Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yg suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran. 


Ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia-sia kan. Aku bangkit untuk beri manfaat kepada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.



Kini aku sedar, untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.



Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya!!Akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi, kita je mampu ubah diri kita!!"


Jujur saya katakan, kisah pemuda ini amat memberi kesan kepada kehidupan saya. Saya berasa sangat bangga dengan wujudnya individu yang berpemikiran seperti belia. Tak semestinya kita kekurangan, kita tak mampu berjaya. Khairul Nizam juga telah membuktikan bahawa status OKU bukan penghalangnya untuk lebih maju ke hadapan. Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Gunakanlah setiap anugerah yang kita perolehi untuk menjadi yang lebih baik dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

Jom kita kenali saudara Khairul Nizam dengan lebih dekat lagi di laman rasmi media sosialnya:

Facebook:
Khairul Nizam Official

Page:
JamuMall.com

Instagram:
 @hyekhairul

Website:
JamuMall

Monday, 22 April 2019

Seoul Garden Aman Central, Alor Setar

April 22, 2019 1 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Okay guys, untuk entry harini kita nak talk about Seoul Garden. Korang tau tak Seoul Garden ni tempat apa? Seoul Garden ni restaurant yang hidangkan menu macam ala-ala korean food tu. 

Kalau taktahu lagi haa klik sini Seoul Garden Webpage

Sumber: Google
So ceritanya macam ni, saya dah lama sangat mengidam nak makan Seoul Garden ni since almost a year lah jugak tak pegi Seoul Garden ni. 

Kitorang decide nak pergi Jumaat lepas but the end kitorang pegi Sabtu. Biasalah kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Hiks. 

Muka eksaited sebab dah lama tak hang out


Since kitorang ade dekat Kedah, so the nearest Seoul Garden dekat Aman Central, Alor Setar. Taktau Aman Central? Ha nahh sis google kan untuk uolss. 


Sumber: Google
Okay sampai-sampai je Aman Central, dah park kereta semua masing-masing cari Seoul Garden. Sebab dah lama sangat tak pergi dengan keadaan Aman Central yang besar luas dan bertingkat-tingkat tu, kitorang round jugak and jumpa. 


Hahaha time ni dah sampai mestilah tengok harga sekarang kan. Kot-kot ada promotion ka hiihi. So kami guna sttudent card, dapat juga lah potongan beberapa peratus. 

Dah masuk, bayar then pelayan bawa pergi tempat duduk kami. 


Masa ni masih kosong lagi. Duduk jap orang kata ambik feel sebelum kitorang penuhkan meja tu dengan makanan hehehe. 


Masa kat kaunter tadi, sempat jugalah ambik gambar this side. Tersusun kan? Kemas gile weh menu pun banyak. OMG ilove it hihihi. Nak repeat plssss. 


Jeng jeng jeng. Haa ni baru first round tau kitorang ambik makanan, ada lagi second, third and fourth round sampai masing-masing dah terduduk kekenyangan. 

Menu-menu dia memang superb. Lagi-lagi ayam krispy pedas tu. I is suka gile weh ! hahahahaha melantak tu je banyak rasanya. 

Bestnya Seoul Garden ni, once uols dah bayar makan jela na makan apa. Aiskrim pun ada ! Buah-buah desert. Heheheh. 


Masa ni muka kenyang dah weh. Korang tengokla semua pinggan dah licin ahahhahhaha. Tapi gigih gak habis kan sebab taknak membazir. Hiks.


Dah habis makan-makan tu, tak ku lupakan aiskrim ni. Macam-macam perisa ada weh. Happy tummy again. hahahahaha. 


Ada pulak nak interframe belakang tu hahaha comel lah Pikah ni. Tengokla saya makan aiskrim tu, 3,4 perisa campur sekali. Siap ada adds on. Rugi tak ambik ! 

We decide untuk keluar lah setelah masing-masing bentak makan. Lepas makan tu kami pegi cinema. Yang tu saya ceritakan dekat entry lain nanti pulak. Hehehe. 

Kepada sesiapa yang nak tahu berapa harga nak masuk Seoul Garden ni, kat bawah ni ada price list. Rajin-rajinkanlah diri membaca ya. Hee bye!


Friday, 15 March 2019

"Join dropship banyak-banyak ni, tamak ke?" Ini jawapan saya.

March 15, 2019 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua !

"Join dropship banyak-banyak ni, tamak ke?" 

Topik yang saya nak kongsikan harini adalah jawapan kepada soalan dekat atas ni. Ramai orang taktahu yang join dropship banyak-banyak, try jadi agent tu, agent ni bukanlah bermaksud mereka tamak. Cik akak, cik adik, cik abang. makcik-makcik, jiran-jiran bawang, haa dengar sini sis nak cakap. Korang kena faham, dalam dunia ni ada banyak kategori family background. 
Sumber: Google

Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada yang lahir-lahir mak ayah dah hadapkan dengan kemewahan, ada jugak yang kehidupan sederhana je, makan apa yang dihidangkan. Tapi, dalam kategori keluarga ni ada juga yang asalnya memang agak dhaif dan susah. 

Berbalik kepada soalan join dropship tu. Kita dalam hidup ni mesti ada perasaan ingin mencuba. (Yang baik je tau, yang tak baik tu jangan berani-berani cuba pulak). So, maybe ada dalam kalangan orang yang join dropship ni memang sebab dia nak tambah income diri dia sendiri. Maybe sebab dia tak nak susahkan family dia (?) Haa kita pun taktahu kan. 

Ada juga orang yang memang passion dia. Jenis tak boleh duduk diam. Ada je business dia nak try, ada je something new yang dia nak buat. Maksudnya dekat sini, dia memang kreatif dan ada usaha nak majukan diri. Ada rasa nak senang esok-esok. (Bukan macam makcik-makcik bawang yang dok kata kat dia tu). 
Sumber: Google

Diorang ni kadang-kadang happy buat business tu sebab diorang suka. Memang hobi lah katakan, lagipun benda yang diorang buat tu tak salah. (kalau diorang jual benda benda yang tak salah dari segi undang-undang lah). So, mulut-mulut jahat kat luar tu yang dok kata tamak la, apa lah pasaipa hangpa ni. Depa tu tak kacau hangpa pun. Duk kalut pasaipa. 

Lagipula bila dia start business dia tu langsung tak guna duit awak-awak semua (kehadapan makcik bawang). Jadi moralnya dekat sini, kalau orang buat sesuatu tu pasti bersebab. Sebab apa ? Tanya kat tuan badan sendiri. Kalau dia nak cerita, dia cerita lah. Kalau dia taknak cerita, takyah duk kalut nak membawang naa. 
Sumber: Google

So, pesanan untuk anak-anak muda yang buat dropship ke business kecil-kecilan ke, its okay. Atleast kita ada kesedaran nak bangunkan diri sendiri. Tutup telinga je apa yang orang nak cakap. Its okay, bukan dia bagi makan kita pun. 


Lagi satu, its okay jugak nak join banyak-banyak dropship asalkan awak-awak semua mampu. Jangan bebankan diri pulak lagi-lagi yang masih sekolah / bergelar student ni. So sekian saja bebelan saya pada hari ini. 

Jangan lupa ikuti post akan datang ! See yah ! 

Monday, 11 March 2019

HELLO BLOG WORLD !

March 11, 2019 11 Comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua !




So, untuk entry pertama ni saya akan ceritakan serba sedikit tentang diri saya dan kenapa saya memilih untuk tulis di blog. Bagi saya, blog ni lebih kurang macam diari jugaklah. Sebabnya kita boleh tulis apa-apa je dalam blog kita (asalkan tak terlibat dengan mana-mana yang menyalahi undang-undang lah). Jadi saya boleh dikenali sebagai Ashemidaa. Saya masih lagi bergelar pelajar. Negeri asal saya, Johor. 

Dalam entry pertama ni, saya nak menceritakan serba sedikit tentang apa yang bakal saya tulis di dalam blog ini. Disebabkan saya minat sangat dengan travelling, so saya akan tulis mengenai pengalaman saya mengembara. saya memang sangat suka travel, cuma biasalah student ni kalau nak travel mesti tunggu duit PTPTN kan? Hihi its okay at least kita ada pengalaman. Setakat ni, ada lah beberapa kali saya travel (simple-simple je) tapi memang sangat memberi pengalaman dari segi nak pilih tempat tinggal, apps apa yang terbaik. Semua saya akan kongsikan dalam tips travel.

Next, saya suka sangat makan sesuatu yang baharu. Saya akan cuba kongsikan resepi-resepi, ataupun feedback makanan-makanan yang pernah saya cuba. Sebab kadang-kadang, dengan penulisan kita pun boleh membuatkan orang teringin tau. Dah teringin tu, mesti dia nak cari dan cuba punya lah !

Selain daripada dua elemen dekat atas ni, saya juga pasti takkan lepaskan peluang untuk kongsikan macam-macam tips kehidupan yang saya belajar dan saya dapat sepanjang 23 tahun saya hidup ni. Orang kata, dah banyak makan garam serba sedikit dah tahu macam mana nak urus hidup. Tips-tips yang akan saya kongsi kebiasaanya mengenai lifestyle, skincare untuk para wanita dan gadis remaja dekat luar sana dan lain-lain lagi. 

Saya juga berpengalaman dalam menurunkan berat badan tau ! (Walaupun still tak turun banyak, atleast turun juga hehe) Saya akan cuba kongsikan menu diet saya, cara pemakanan saya dan macam mana saya jaga kesihatan saya untuk kekal cergas walaupun ke kelas seharian dengan kerja part-time semasa belajar. Kenapa part time? Semua benda gunakan duit sekarang adik-adik semua. Semua pengalaman ni sangat penting untuk masa depan memandangkan keadaan negara yang sekarang. Ingat, tak semestinya kita ada sijil ijazah, kita pasti dapat kerja! No, no, no. Jangan pernah berangan seperti itu, so kita semua kena ada backup untuk sara kehidupan kita bila kita dah jadi graduan nanti. (Entry ni mostly untuk bakal graduan di Malaysia). 

Pernah terfikir tak macam mana rupa lah ada orang yang boleh jana pendapatan walaupun dia masih belum bekerja (makan gaji). Semuanya bermula dengan perniagaan. Saya juga berpengalaman dalam mengurus sebuah perniagaan tudung jenama saya dan rakan-rakan saya sendiri. Kita boleh ambik ilham orang tau, tapi cuba jalankan dengan cara kita sendiri. Dengan cara itu, kita pasti boleh berjaya Insya Allah. When there is a will, there is a way ! Dalam hidup ni jangan pantang menyerah kalah. Jadi saya akan cuba kongsikan ilmu, tips dan pengalaman untuk kegunaan bersama. 

Jangan lupa ikuti blog saya yang seterusnya untuk lebih lagi informasi. 

Follow Us @soratemplates