Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Hai hai you alls! So untuk entry kali ni, saya nak cite sikit dekat you alls mengenai satu rempah yang kami selalu guna dekat rumah tau. Since kami ni memang pure warga Johor, so ofcos la favourite kami soto. Soto ni, resepi nak buat nya memang simple sesimplenya. Lagi simple kalau memang dah siap sedia guna rempah soto Mak Siti ni. Rasa dia pun umphh terbaik gila la sisturrr.
Sumber: Google |
Untuk yang tak pernah tengok macam mana rupa lah packaging rempah Mak Siti ni, saya sediakan kat atas ni. Ni untuk rempah sup soto yang biasa kami guna lah. Ada banyak lagi jenis rempah yang mereka sediakan. Khas untuk tukang-tukang masak untuk suami kat rumah tu.
Sumber: Google |
Haa, nilah antara rempah yang mereka sediakan. Selain daripada rempah sup soto tu, saya pun selalu jugak request masakan berlauk kari dengan mak. Saya tak request kosong-kosong tau, saya prepare siap-siap beli rempah kari daging tu bagi dekat mak. Mak pun suka jelah senang kerja dia. Hahahaha.
Sumber: Google |
So, focus entry hari ni sebenarnya saya nak cerita dekat you alls tentang sejarah dan rahsia kejayaan Rempah Ratus Mak Siti ni. Macam mana mereka ni boleh berjaya dan dikenali seluruh Malaysia sampailah sekarang.
Rahsia Disebalik Kejayan Rempah Ratus Mak Siti
Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan
untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung
kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di
kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.
40
tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu.
Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana
kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet. Kemunculan
resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis
buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya
Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.
Setiap
orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan
semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau
jenama terkenal adalah idaman ramai orang.
Tapi
ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran
yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan
sehingga menjadikan mereka terkenal. Orang
kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak
mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk
mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk
mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.
Puan
Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk
memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas
beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya
adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai
pekerja yang tidak percaya kemampuannyaTerdetik
dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan
jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan
bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah
lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi
satu hari nanti.
Sampai
satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan
beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk
perniagaannya di Malaysia. Puan
Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha
Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah
ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah
ratus di dalam botol. Rempah
Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa
tiruan dan sesuai bagi vegetarians.
Produk utama adalah Serbuk rempah Kari
Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto,
Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini
produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan
Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).
Syarikat
kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam
botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk
Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk
Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa
Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebelum
meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah.
Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga
sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa
diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.
Minat yang
mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa
berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara
kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada
masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. Perniagaan kedua
yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan
dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang
kenalan.
Perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk
memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak
buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana
pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut
dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.
Sewaktu
mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu.
Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam
selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada
ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada
Siti Khawa pada ketika itu.
Antara
pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja
yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah
amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman-pengalaman ini yang
mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar
mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.
Persaingan
produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada
pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih
baik daripada tahun sebelumnya”. Setiap
kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita
patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan
perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa
yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan
seterusnya”Ujarnya.Perancangan
mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke
seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang
kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama
antarabangsa.
Tonggak utama Puan Siti khawa
semestilah ibu dan bapanya, Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat
bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada
asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak
asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK
SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas
Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah
Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).
Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”. Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.
Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”. Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.
Kilang Mak Siti pada awalnya
diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana
keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang
dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.
Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil
keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin
berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di
Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan
rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan
sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di
Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan
herba.
Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar,
Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga
telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices
Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).
Selain daripada mengusahakan ladang
Rempah Ratus Puan Hajah
Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan
sebuah restoran. “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen
tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering
digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat
terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak
berubah”ujar Mak Siti. Walau apa cara sekali pun, masakan
Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan
rasa manis, pedas, masin dan masam.
Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu
sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar. Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan
yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh
beliau sendiri. Misalnya, kesemua hidangan yang
disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya
berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
“Kami menawarkan lebih kurang 40
jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang
ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. “Sebab terlalu banyak restoran
menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap
sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,”
jelasnya.
Dari pelbagai variasi lauk-pauk
seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada
hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan
Melayu asli. Mak Siti berkata, restorannya ini
mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah
pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu.
Seperkara lagi yang menarik tentang
restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya,
Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada
Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur,
ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin. Bahan-bahan yang digunakan dalam
rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan
awet serta ejen pewarna.
Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan
bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk
sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa
masakan berubah daripada kebiasaan. “Di sini, kami mengutamakan kualiti
berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera,
salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu
percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini tetamu kami dapat
merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa
mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.
No comments:
Post a Comment