Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!
Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua pekerja-pekerja di luar sana. Cuti-cuti ni mesti ramai yang spend time dengan family, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan kan. Jadi bersempena dengan hari ini, saya ada satu kisah yang pasti akan membuatkan semua orang berbangga dengan kemampuan pemuda ini.
Kenapa saya terpanggil untuk kongsikan kisah ini kepada orang ramai kerana zaman sekarang ramai yang mengeluh dengan nasib kehidupan mereka. Malahan ramai juga yang hampir berputus asa setelah gagal berkali-kali dalam apa yang cuba diusahakan. Semoga kisah di bawah memberikan sedikit inspirasi dan semangat baru untuk masyarakat di luar sana dalam memotivasikan diri untuk lebih berusaha.
Khairul Nizam, seorang pemuda yang hanya mampu menggerakkan tiga daripada jarinya masih mampu mencipta nama di dalam dunia perniagaan. Viral tempoh lalu video luahan hati beliau di Facebook mengenai kesungguhan beliau sehingga berjaya menjadi pengasas kepada JamuMall.com.
Ayuh sama-sama kita hayati kisah beliau..
"Diusia 30, dengan keadaan
cacat aku bersyukur dengan kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu
beli ape aku nak, mampu makan yg mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dan sampai. Yang paling best, aku dapat sediakan rumah
mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
Bukan nak riak, tapi
aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit mcm
aku, nk bahagiakan family mereka mcm aku, tapi adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
Kehidupan aku dulu tak
mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu
diuruskan,, duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk
aku meneruskan kehidupan seharian.
Aku menanggung kehidupan
ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi
bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus, lapar, penat, takde org disisi. Tapi takkan aku nak mengharapkan
mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade
sesuatu manfaat yg nak aku buat.
Aku cuba merenung dan
mengimbas kehidupan ramai org diluar. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal
sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis
baik untuk beri manfaat pada org lain. Aku melihat ramai yg
malas untuk ubah hidup sendiri, ramai
yg suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran.
Ramai cuba memilih untuk
kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan
kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh
bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling
terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih !!!
Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.
Jadi aku bangkit!!! Aku
cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia-sia kan. Aku bangkit untuk
beri manfaat kepada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu
akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.
Kini aku sedar, untuk
berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas
keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar
dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap
sekarang.
Dan semua value yg ade
dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk
mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya!!Akhir kata, kalau aku
ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang
sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin
meningkat, jangan tunggu lagi, kita je mampu ubah diri kita!!"
Jujur saya katakan, kisah pemuda ini amat memberi kesan kepada kehidupan saya. Saya berasa sangat bangga dengan wujudnya individu yang berpemikiran seperti belia. Tak semestinya kita kekurangan, kita tak mampu berjaya. Khairul Nizam juga telah membuktikan bahawa status OKU bukan penghalangnya untuk lebih maju ke hadapan. Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Gunakanlah setiap anugerah yang kita perolehi untuk menjadi yang lebih baik dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat.
Jom kita kenali saudara Khairul Nizam dengan lebih dekat lagi di laman rasmi media sosialnya:
Facebook:
Khairul Nizam Official
Page:
JamuMall.com
Instagram:
@hyekhairul
Website:
JamuMall
Jom kita kenali saudara Khairul Nizam dengan lebih dekat lagi di laman rasmi media sosialnya:
Facebook:
Khairul Nizam Official
Page:
JamuMall.com
Instagram:
@hyekhairul
Website:
JamuMall